c

Advokasi dan Aktiviti Klik Dengan Bijak

23 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Februari 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Aktiviti Klik Dengan Bijak. Aktiviti ini dijalankan bagi meningkatkan kefahaman para peserta tentang topik-topik Klik Dengan Bijak menerusi aktiviti permainan dan kuiz. Dalam aktiviti ini, peserta dikehendaki menyelesaikan soalan-soalan yang diberi menerusi permainan yang disediakan kemudian para peserta bersama-sama staf PI Kg Pandan membincangkan dan menerangkan tentang jawapan-jawapan kuiz mengenai KDB tersebut. Kelas ini berlangsung selama 2 jam dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali